Monday, January 4, 2010
pengalaman ngajor anak ke toilet..
Monday, December 21, 2009
ari nih...perabihkan duit.
Friday, December 18, 2009
bestttt
5th check up...panjang jela sket
Pemeriksaan ‘vaginal swab’ ialah pemeriksaan didalam faraj dengan mengambil sedikit cecair dari bahagian dalamnya yang akan diuji untuk kehadiran kuman-kuman, khususnya bakteria yang dipanggil ‘Group B Streptococcus’. Di negara barat dan Australia, ia menjadi amalan antenatal yang rutin.
Di dalam mana-mana rongga manusia, ada kehadiran kuman-kuman yang tidak memberi apa-apa masalah kepada hosnya walaupun dengan sendirinya, kuman-kuman ini boleh membawa penyakit.
Kuman-kuman ini membentuk satu ekosistem yang tersendiri. Di dalam faraj wanita, usus dan saluran kencing pun begitu, dan GBS ialah salah satu daripada kuman dalam ekosistem ini.
Satu kajian di Australia menjangkakan GBS hadir dalam 12-15% dari wanita yang mengandung. Dari kumpulan ini hanya satu hingga dua peratus bayi yang lahir terkena jangkitan ini dalam minggu pertama kehidupan. Secara keseluruhannya, dijangka antara satu hingga empat orang bayi dari tiap-tiap 1000 kelahiran dijangkiti GBS. Jadi, bukan semua bayi akan mendapat jangkitan ini secara otomatik walaupun ibu itu membawa GBS. Kebanyakannya tidak akan dijangkiti walaupun GBS ini dapat dikesan dalam 50% dari bayi-bayi ini.
Semenjak tahun 70-an, jangkitan dari kuman GBS menjadi jangkitan yang paling biasa menyebabkan kematian dalam bayi-bayi baru lahir. Jangkitan GBS dibahagi kepada dua jenis; yang pertama ialah jangkitan yang terjadi dalam 24 jam pertama kelahiran hingga tujuh hari. Jangkitan pada tahap awal ini biasanya melibatkan radang paru-paru, septisemia dan jarang sekali jangkitan otak (‘meningitis’).
Septisemia ialah jangkitan yang merebak melalui darah ke seluruh badan, termasuk organ-organ penting seperti hati, jantung dan buah pinggang. Kadar kematian lebih tinggi bila septisemia berlaku. Jangkitan jenis kedua berlaku selepas seminggu hingga tiga bulan. Jangkitan pada masa ini ialah septisemia dan meningitis. Ada juga bayi yang mendapat kesan sampingan selepas jangkitan seperti kecederaan penglihatan, pendengaran, percakapan dan mungkin juga mendapat kecacatan perkembangan otak. Memang, jangkitannya serius dan akan menghayat hati kedua ibubapa.
Jika tidak semua yang membawa GBS akan menyebabkan jangkitan kepada bayinya, siapakah yang lebih berisiko? Kemungkinan untuk mendapat jangkitan ini lebih tinggi jika seseorang itu bersalin sebelum cukup bulan (tidak sampai 37 minggu), jika selaput ketuban yang telah koyak dan air ketuban keluar selama 18 jam atau lebih sebelum bersalin, demam yang tinggi semasa hendak bersalin, didapati ada kehadiran GBS dalam faraj terutama sekali pada tahap akhir mengandung dan pernah melahirkan bayi yang telah dijangkiti GBS selepas bersalin. Satu lagi faktor risiko ialah bila GBS dikesan didalam jangkitan air kencing.
Itulah sebabnya pengesanan GBS dilakukan pada minggu 33-37 mengandung melalui cara yang puan lalui. Jika ibu-ibu ini dikesan ada GBS, mereka tidak perlu ambil antibotik dengan segera. Ini ialah kerana GBS mudah untuk muncul semula di dalam faraj selepas rawatan. Jadi saranan terbaik sekarang ialah pemberian antibiotik semasa peringkat awal terasa sakit hendak bersalin.
Antibiotik yang efektif ialah penisilin dan dengan mulanya program ini, insidens bayi mendapat jangkitan yang serius telah berkurangan. Antibiotik ini akan diberikan melalui saluran darah dan ia lebih efektif jika diberi empat jam sebelum bayi dilahirkan.
Selepas bersalin, biasanya, bayi akan diperhatikan untuk mengesan tanda-tanda awal jangkitan. Antibiotik tidak perlu diberi jika bayi itu sihat dan tidak menunjukkan kesan-kesan jangkitan, tetapi rawatan yang diterima berbeza-beza di hospital-hospital berlainan.
Masalah GBS ini sudah lama dikenali tetapi tidak dapat dibasmikan sepenuhnya. Begitupun, ia sudah dapat dikesan dengan cepat dan boleh dirawat dengan efektif. Di Malaysia, kebanyakan hospital tidak melakukan pemeriksaan ‘vaginal swab’ secara rutin, tetapi mengikut kes-kes berisiko.
Jika GBS dikesan, langkah-langkah seperti yang diterangkan diatas akan dilakukan. Ingat, 98% dari bayi yang ibunya dikesan mempunyai GBS adalah normal dan tidak mendapat jangkitan. InsyaAllah, puan akan termasuk dalam golongan ini.
eh...salji? makan?
Thursday, December 17, 2009
jamuan? kismas?
Monday, December 14, 2009
merepek2...
huhuhuhu... lama nyer la x masuk umah nih. pastu nak cite pasal mangsa ketiga aku dari ari tu dok tertunda2...
hmm...aku skang dah terjebak ngan cafe world kat fb. hantu betul... skang dah buhsan main cucuk2 tanam..skang masak2 plak. betul2 berantu la... bijak betul orang yahudi ni kan? senang ajo nak melekakan orang Islam termasuk le aku.... dah berazam nak kurang2kan masuk fb la. alangkan buah pisang kaki kegemaran aku dijual murah, sanggup aku x mo beli...sebab dari Israel. inikan plak main fb ni. nyesal betul la.
hmmm..ari ni plan nak masak ayam lomak cili api ngan sayur kangkung ajo. oh..aku skang tengah recall or mengasah balik bakat memasak aku. en usop slalu komen...sejak aku peknen nih, aku masak teruk gile rasa dia...huwaaaaaaaa.. padan la ari tu, aku masak bihun...ammar makan sket aje. walhal dia lapor gile. last2...aku tau bila izlin datang umah nak main2 sama ammar..aku buat mee goreng. dua2 makan slow gile...cam kene pakse. last2 bila aku kata..xpe, kalo x nak makan..tinggal aje. lajuuuu diorang dorang nih tolak pinggan. aku tanya..x sedap ke. lajuuuu aje jawapan depa..x sedap. huwaaaaaaaaa. jujur sampai x cover2...
dah banyak kali..en usop plan nak wat makan2... ajak anak2 mesia bape kerat yang tinggal neh..lepak2 kat umah..makan2..ngutuk2. skali, bila kenangkan masakan aku yang makin teruk prestasi dia...pendaaammm kan aje la.
sedey betul la..tapi xpe..pelan2.
Alhamdulillah...sakit kepala aku dah ilang. kalo dulu dari pagi santak ke malam seminggu lebe berturut2. pastu...kena hanya lepas maghrib sampai isyak aje kul 1730 sampai kul 2030. lama2..terus ilang. Alhamdulillah.
cuma dua aje....
satu..x bleh g dapur. asal ke dapur..uwekkkk...hanya angin aje kuar. lidah plak still 'kebabas' bila nak rasa2 masakan sendirik..ingat dah sedap dah...rupe2nye..sendrik makan pun x lalu..parah.
dua..malas. umah aku nih, kalo ade yang datang mengejut aje..baru nampak tersusun lawa. kalo x...mau berternak2 le abuk seme tu. tingkap tu, sib baik tukang repair tingkap ari tu xde sakit jantung...kalo x mau aku kene menjawab ngan polis..
oh ye...start isnin depan, ammar dah start cuti smpai 3 hb januari. x g mana2... aku tengah mengumpul semangat nan waja dan kesabaran serta kerajinan...untuk train dia ke toilet. slalu, berjaya waktu pagi sebelum g skolah. kadang2 tu...meraung2 dia sayangkan pempes dia yang dah berat terlondeh2 tu. kadang2 tu..dah setengah jam skali dok ulang masuk toilet, alih2 dia p berak dalam seluor dia. huwaaaa..kadang2 tu, beria2 kata nak pispis...alih2 g main air merangkap mandi. kalo skali skala..xpe. nih..kalo 3-4 kali train..3-4 kali tu gak mandi..kecut telor kang...sape nak jawab? iskkk...alasan mummy dia malas...
kalo berjaya lepaskan pempes dia belah siang..aku nak adiahkan dia spentot spiderman.. ala, 3-5 lai baru euro 1,99 (rm 5-6 lebe). yang murah aje dulu..kang kalo mummy kayo rayo..baru le pakai cap boya punye ke. kehkehkehkeh....xpun g-string ke...hahahahaha..iskk, berkobar ok aku nak tengok dia pakai spentot pulak.
pastu...skang dia dah xmo minum susu. langsung xmo. memang ikut genetik apak dia neh. en usop dulu...umor 3 tahun baru kenal makanan. masa dah 3 tahun, baru dia xmo minum susu. sebijik sebijon cam ammar..cuma anak dia advance sket. umor 2 thun setngah baru nak kenal nasik. baru telan telor rebus... dah macam2 susu aku beli..xmo dia. so, aku gantikan ngan yoghurt. syukur la aku masih d negara barat...yang mana benda2 tenusu ni murah bangat. 8 yoghurt dalam euro 1,60. ari2 abis seme yoghurt dia..xpe la..asalkan ade bekalan kalsium.
hmm..memang ammar nih turun 10000% peel en usop. cuma, en usop kata..kuat merajuk aje ikut pangai aku. heheheheh.
skang, aku x bleh tido tengah2...sebab, aku bleh mati kena hempap n himpit ngan 2 orang skaligus. heran aku..katil beso alam..ngan aku jugak diorang nak himpit2. nak jugaaakk tido atas bantal aku. walhal ade lebe 4 bijik bantal atas katil.
tapi...aku ngan ammar skang dah kene halau..tido kat hall. atas tilam angin. wallllaaa...wa cakap lu..tido x hengat tu...cam tido atas tilam air aje..gara2 en usop nak stay up dalam bilik. dia janji ngan aku..18hb nih siap. kali nih...aku betul2...nak tuntut janji dia. sebab 2nd supervisor dia cakap..bulan 1 nih dah kene antor 1st draft kat main supervisor (MS). before org tua (MS) tu pencen bulan 4....en usop kene viva (presentation). kira ceraaah le harapan aku nak balik bulan 3 nih. kalo en usop ade rezeki smbung agik...aku suh pindah private aje. umah kecik pun xpe...asalkan dapur ade ruang. kira aku nak 'opis' aku -pinjam ayat wid ayu.
ok la...nak g turun beli lauk dulu... babai..
